Ramai yang berasap telinga: Sewa rumah sampai mati terlalu jauh lebih baik dari bedal pinjaman riba rumah

Nextstep Malaysia 

ADINDA

Seorang lelaki mengakui dikecam di media soal gara-gara pendiriannya berkenaan mengambil pinjaman rumah sebagai riba.

Baginya, dia tidak peduli kerana kerbergantungannya tanpa syak kepada Allah.

Malah, dia menyifatkan mereka yang menentang hujahnya bahawa sewa rumah halal, pinjaman rumah itu haram sebenarnya pihak terbabit sedang menentang Allah.

Ikuti pendapat Muhammad Ezral menerusi akaun Facebook ini yang nampaknya mengundang polemik sehingga mencecah lebih 1,000 tanda suka:

Sewa rumah halal, loan riba haram

Tapi iblis menghiasi mata manusia nampak sewa rumah rugi, bedal loan riba untung.

Ramai yang tag aku kat post ni pasal pelakon 32 tahun menyewa rumah tak buat loan riba pun.

Kalau ikut post ni, pelakon ni tak buat loan disebabkan tak layak kerana profesionnya sebagai pelakon.

Tapi sebenarnya itu hanya asbab. Mujur sangat Allah lindungi dia daripada dosa loan riba rumah yang membawa kepada puluhan tahun berperang dengan Allah dan Rasul.

Ramai yang sangka bila loan riba rumah, kereta lulus tanda Allah sayang sampai ada yang berdoa minta Allah luluskan loan riba.

Lepas lulus riba then update di fb alhamdulilah loan riba rumah, kereta lulus.

Umpama kau berdoa minta dapat berzina dan lepas siap berzina kau sebut Alhamdulilah baru lepas berzina.

Sedih saya baca komen ramai netizen tak peduli halal haram. Mereka hanya fikirkan nafsu serakah risau tiada rumah. Padahal, dunia ni sekejap saja.

Ramai saya tengok komen-komen dalam post ni katanya ruginya bayar bulan-bulan sewa, kalau buat loan dah habis bayar ni.

Habis bayar pun dapat cara haram buat apa? Kau merompak dapat sebiji Porsche pun buat apa? Baik ada kancil beli tunai cara halal.

Saya jawab mudah, sewa itu halal, riba itu haram.

Tak kiralah Islamik ke konvensional ke, tetap riba walaupun ubah terma kepada perkataan Arab sekalipun.

Kerana loan riba jugalah harga rumah makin lama makin mahal. Lambat bayar lagilah kena penalti, dalam bank Islamik tukar jadi gharamah dan ta’widh. Tukar bahasa Arab terus jadi halal.

Bila datangnya tipu daya atau talbis iblis, dia akan nampak yang haram ni untung.

Saya bagi contoh mudah.

Mana best dapat wang rasuah RM100,000 dalam masa sehari saja.

Dengan kau kerja halal jadi rider makanan membanting tulang dari pukul 7 pagi keluar rumah sampailah 10 malam baru sampai rumah, dapat sehari RM100.

Orang yang dah terkena talbis iblis akan kata sehari dapat RM100,000 itu jauh lebih menguntungkan daripada berpenat penatan cuma dapat RM100.

Merompak, meragut ambil masa beberapa minit sahaja pendapatan sehari dapat RM1,000, yang kerja 12 jam pendapatan sehari RM50.

Takkan nak kata ruginya tak jadi perompak, peragut.

Yang jadi pelacur pendapatan 5 angka sebulan. Kau yang kerja 12 jam pendapatan RM2,000 sebulan.

Takkan nak kata baik jadi pelacur atau bapak ayam, sedap pun dapat, duit pun dapat.

“Apa barang kau nikah sampai 4 banyak duit nafkah kena keluar. Lebih baik aku ni berganti ganti perempuan sampai 20 ke 30 orang kau dapat rasa, just belanja mcD and Starbuck saja tak payah tanggung nafkah setiap bulan”

Talbis iblis ni memang akan sentiasa nampak untung di dunia tapi hakikatnya kau sedang menjemput bala dan kemurkaan Allah.

Happy new year 2024

Yang ikut Allah dan Rasul sentiasa nampak susah sejak zaman Nabi Nuh lagi sampailah zaman Rasulullah.

Tapi di sisi Allah itu adalah kejayaan yang besar dan penderhaka terhadap Allah ini pasti kecundang.

Itulah beza halal dan haram. Orang yang jaga yang halal kerana Allah percayalah Allah takkan sia-sia kan mereka.

Saya yakin dan berpergang sampai ke mati, tinggalkan yang haram kerana Allah walau pun esok kau tak tahu untuk makan apa.

Tapi disebabkan talbis iblis menyatakan, kalau tak bedal loan riba rumah nanti merempat, nanti tiada rumah, nanti susah, nanti, nanti dan nanti.

Hidup seolah-olah tidak Bertuhan. Dah Allah sendiri yang melarang riba pasti ada bahana buruknya.

Orang beriman sami’na waato’na. Mereka dengar dan terus taat tanpa banyak soal.

Berapa ramai dah yang mati menyesalnya bila tak sempat taubat dari dosa riba ni.

Kalaulah kau tahu betapa besarnya dosa riba ni nescaya kau lebih rela tiada apa kerana kau akan pulang semula mengadap Rabb sekalian alam.

Dunia ini hanya tipu-tipu tempat senda gurau semata-mata.

“Menyewa rumah sampai mati itu terlalu jauh lebih baik daripada bedal loan riba rumah”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan