Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

KOSMO
Pemandu ambulans tersebut terdengar bunyi wanita membaca surah Yassin ketika dia memandu berseorangan. – TikTok
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik misteri dialami seorang pemandu ambulans yang mendengar bunyi seseorang membaca kitab suci al-Quran selepas menghantar jenazah pada waktu dini hari, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok, pemandu ambulans tersebut dilihat memandu berseorangan selepas menghantar jenazah di Kampung Labuhan, Serang, wilayah Banten pada 16 Januari lalu.

Dia cuba menghilangkan rasa bosan dengan merakam perjalanannya yang memaparkan pemandangan jalan yang sunyi.

Secara tiba-tiba, terdengar suara wanita membaca surah Yassin.

Suara itu juga dibuktikan bukan berasal daripada radio kenderaan tersebut selain pemandu berkenaan hanya berseorangan ketika itu.

“Terdengar suara wanita mengaji selepas pulang daripada menghantar jenazah ke Labuhan sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan). Disebabkan keadaan jalan yang sunyi, saya merakam perjalanan sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu,” kata keterangan hantaran tersebut. – AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan