Amirul Fazli Zulkafli dan Malik Muhamad
PEGAWAI pasukan cedera pada bahagian muka selepas dibelasah pemain pasukan lawan pada aksi Liga Bolasepak Terengganu yang berlangsung di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, petang semalam. -FOTO Ihsan pembaca.
Kuala Lumpur: Apa hendak jadi dengan budaya bola sepak di Malaysia apabila kes pergaduhan semakin menjadi-jadi dan ia seolah-olah menjadi seperti kebiasaan pula bagi orang awam untuk memukul satu sama lain tanpa rasa takut.
Terbaharu, melalui satu perkongsian oleh Bola Sepak Terengganu di Facebook miliknya, video berdurasi 0.42 saat itu menunjukkan ada beberapa pemain yang bertindak memukul pemain lawan beberapa kali di kepala dan memijak mangsa tanpa rasa bersalah.
Lebih malang apabila dalam video itu, terdapat orang dewasa yang turut terbabit dengan berlari lalu menyepak dan melepaskan tumbukan kepada mangsa itu seakan-akan aksi tinju di dalam gelanggang.
Difahamkan pergaduhan itu membabitkan Kesa FC dan Nag FC yang bermain dalam saingan Liga Bola Sepak Terengganu (TFL) 2023.
Warganet menyifatkan tindakan itu tidak sepatutnya berlaku dalam sukan bola sepak dan jika hendak bertumbuk, mereka harus menyertai sukan yang ada peraturan seperti itu.
"Gila bola sangatlah tu, kita sampai tahap mana saja pun bohh, setakat macam itu sahaja sampai nak tunjuk hebat," kata Ayub Hussin.
"Lawan sesama sendiri sahaja (antara kelab Terengganu) pun nak bergaduh. Perangai macam lembu. Kalau lawan Selangor, Kedah, Negeri Sembilan boleh tahan, dasar binatang. Tak habis-habis bergaduh," kata Muhamad Badrul Amin.
Seorang peminat yang enggan mendedahkan namanya berkata, pergaduhan itu tercetus seminit itu tamat ketika pasukan Nag FC mendahului 4-1 kejohanan edisi kedua itu.
Katanya, bermula awal permainan lagi, aksi kedua-dua pasukan itu panas sehingga memaksa penganjur memanggil pihak polis untuk mengawal keadaan kerana dibimbangi berlaku pergaduhan.
"Bermula awal permainan lagi keras, separuh masa pertama tamat, pemain sebuah pasukan yang beraksi itu sudah mengejar pengadil kerana tidak berpuas hati sehingga memaksa tiga buah kenderaan polis tiba.
"Seminit sebelum berakhir perlawanan, berlaku insiden panas itu yang dipercayai bermula dengan pemain sebuah pasukan menghantuk kepala pemain pasukan lawan sebelum pemain lain masuk campur sehingga berlakunya pergaduhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan