Kereta segmen A, B, C, D? Apa bendanya tu? Sila baca

Mekanika

APA BEZA SEGMEN A, B, C & D? SAIZ DAH HAMPIR SAMA SEKARANG. MAKIN PENING 

Mohd Farhan Alias

Pengenalan Proton S70 menyebabkan berlaku sedikit kekeliruan di kalangan pengguna dan bakal pembeli kenderaan di dalam negara. Harga yang S70 cukup kompetitif dengan harga permulaan adalah RM 73,800 bagi varian Executive dan mencapai RM 94,800 bagi varian Flagship X.

Secara tradisinya, harga Proton S70 yang ditawarkan adalah harga segmen B tapi dari segi saiz ia lebih besar daripada Proton Persona, Honda City dan juga Toyota Vios. Masalahnya ialah Proton S70 ini juga tidaklah terlalu besar sehingga mencapai saiz Honda Civic ataupun Toyota Altis.

Anda boleh bayangkan yang Proton S70 ini duduk di antara Vios dengan Altis ataupun City dengan Civic. Besar sikit tapi tak cukup besar. Bak kata Abam Jaapar, kereta China mana pernah ikut standard industri dari segi saiz.

Tapi keadaan ini sudah menjadi normal pada industri dimana saiz dan segmen sesebuah kenderaan sudah mulai kabur dan bertindih antara satu sama lain. Selain daripada dimensi dan saiz, ada beberapa cara lain pengeluar membezakan kategori kenderaan yang dijual samaada segmen A, B, C, atau D. Antaranya ialah:

1. Kuasa enjin – Kebanyakan model kompak atau segmen rendah akan diberikan dengan enjin yang kurang berkuasa dan fokus pada penjimatan bahan api. Sebagai contoh segmen A menggunakan enjin sekitar 1000cc dengan 3 silinder sahaja.

Saiz enjin akan menjadikan segmen B yang menggunakan enjin yang lebih besar menghasilkan kuasa yang lebih baik. Malah sesetengah model segmen atas akan dipasang dengan sistem turbo walaupun menggunakan enjin yang sama bagi menghasilkan kuasa yang lebih baik

Pendek kata, cara mudah ialah berikan perbezaan kuasa antara model yang murah dengan model yang mahal. Lebih mahal satu kereta, ia akan datang dengan kuasa yang lebih tinggi.

2. Sistem Transmisi yang Berbeza – bago model permulaan, adalah normal jika ia dipasang dengan transmisi manual 5 kelajuan atau 4 kelajuan automatik. Sebagai contoh Proton Saga dipasang dengan transmisi automatik 4 kelajuan, Persona menggunakan CVT dan S70 diberikan transmisi CVT.

Malah jika menggunakan teknologi transmisi yang sama, perbezaan utama ialah bilangan ratio yang digunakan. Jika segmen di bawah hanya diberikan 7 ratio gear, segmen yang lebih besar akan diberikan sehingga 9 ratio gear.

3. Aspek keselamatan – walaupun sekiranya anda nampak model dari semua segmen diberikan teknologi keselamatan pintar (sensing), tapi parameter bagi setiap segmen adalah berbeza. Sebagai contoh sistem brek kecemasan automatik bagi segmen di bawah mungkin diberikan ciri asas sahaja berbanding dengan model segmen yang mahal diberikan ciri AEB mampu mengesan kenderaan lain di simpang jalan

Sistem pemanduan pintar juga adalah berbeza dengan model segmen yang lebih mahal dipasang dengan ciri tambahan lain seperti Lane Keep Assist, Adaptive Drive Beam (segmen bawah auto high beam sahaja) dan Adapative Cruise Control

3. Kelengkapan lain-disebabkan menggunakan enjin yang lebih berkuasa, segmen C dan D mampu menggunakan rim sukan yang lebih besar dan menarik berbanding dengan segmen B. Rim yang besar adalah lebih berat dan datang dengan rolling resistance yang lebih besar. Sakit juga kalau kereta tak power nak tarik rim 19.

Rim yang besar juga akan menjadikan pergerakan unsprung mass lebih sukar dikawal. Maka ia memerlukan spring, penyerap hentak malah rekaan sistem suspensi yang lebih kompleks dan baik. Sebagai contoh multilink ataupun double wishbone untuk keselesaan dan kawalan cesi yang bagus di selekoh.

4. Ciri-ciri mewah – segmen yang lebih mewah juga akan diberikan ciri tambahan lain. Bukan sahaja dipasang dengan motor elektrik malah ia akan dipasang dengan kipas penyejuk di dalam kusyen bagi menyejukkan pemandu pada hari yang panas.

Malah ada pengeluar akan memberikan ciri mewah lain seperti lampu kabin, tirai cermin belakang, sistem pembesar suara daripada jenama terkemuka seperti Harman Kardon, JLB, dan juga BOSE. Malah untuk memberikan kualiti bunyi yang lebih baik, ia akan dipasang dengan bahan kedap bunyi yang lebih bagus di sekeliling cesi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan