Menteri Komunikasi: Muhyiddin sebar berita palsu

BERNAMA 

Muhyiddin sebar berita palsu - Fahmi
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah tidak benar.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada dakwaan Muhyiddin bahawa susulan keputusan itu, beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan.

"Muhyiddin sebar berita palsu," kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu menerusi laman X pada Sabtu.

Pada Jumaat, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah enakmen itu adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan