KOSMO!
Lelaki itu terkejut apabila melihat gajah berkenaan berada di hadapannya. - Compass Media / SWNS
GABORONE, Botswana – Seorang pelancong terkejut apabila melihat seekor gajah muncul di hadapannya selepas menggunakan tandas di sebuah tapak perkhemahan di Botswana, lapor akhbar Daily Star semalam.
Alistair Lyne, merakam kejadian di mana salah seorang rakannya secara tidak sedar berjalan ke arah gajah tersebut selepas menggunakan tandas di tapak perkhemahan Elephant Sands Lodge.
Lelaki yang terkejut itu bergegas memasuki semula tandas selepas melihat mamalia berkenaan menghayunkan belalainya dan memandang tepat ke arahnya.
“Dia sangat ketakutan apabila bersemuka dengan seekor gajah liar Afrika yang sedang minum air dari longkang.
“Semasa musim kemarau, gajah kekurangan air. Justeru, gajah liar akan memecahkan infrastruktur untuk mencari air. Ia sangat dahaga,” kata Lyne.
Ulasan pelancong mengenai tapak perkhemahan itu menyatakan bahawa pengalaman orang ramai bersemuka dengan gajah adalah perkara biasa di kem tersebut.
“Lokasi yang sesuai untuk melihat dan mendengar gajah sepanjang hari dan malam. Ia datang dan pergi sepanjang hari justeru, salah seekor gajah mungkin berjalan melepasi anda,”kata seorang pengulas. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan