KOSMO
Pasangan Radja dan Adinda mengadakan majlis perkahwinan pada 17 Februari lalu. – TikTok
JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian pengguna media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah berharga 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua buah kereta, lapor laman berita Detik.
Berdasarkan klip video mengenainya yang tular di platform TikTok, pengantin lelaki menyerahkan kereta jenama Honda HRV dan Toyota Camry berserta miniatur rumah sebagai simbolik rumah sebenar selain pelbagai hantaran lain.
Rakaman video itu dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Agus. Katanya, pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.
Pengantin lelaki merupakan seorang ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi 2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).
“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” katanya.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Kedua-dua pengantin pasti daripada keluarga kaya-raya kerana jika hanya sebelah pihak sahaja (kaya), pasti akan berlakunya sinetron,” kata seorang netizen yang bergurau. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan