Perselisihan faham keluarga dipercayai punca penjawat awam maut terjun kondo

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
PENJAWAT awam ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di Cheras.
PENJAWAT awam ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di Cheras.
Kuala Lumpur: Perselisihan faham antara keluarga dipercayai menjadi punca penjawat awam wanita terjun dari tingkat 21 sebuah kondominium di Cheras, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal turut mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden yang meragut nyawa wanita itu.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun dipercayai perselisihan faham keluarga.

"Setakat ini, tiada foul play (unsur jenayah)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Harian Metro semalam melaporkan penjawat awam yang pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan mangsa ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota.

Mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan