2 parah, bas ekspres bertembung pacuan 4 roda

FMT Reporters

Keadaan bas ekspres yang terbabas ke parit. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Dua parah, manakala 19 lagi cedera dalam kemalangan bas ekspres dan pacuan empat roda di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, Manjung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu membabitkan seorang pemandu bas dan Toyota Hilux serta 19 penumpang bas, dengan panggilan kecemasan diterima pada 5.38 petang tadi.

Katanya, pemandu lelaki dan penumpang wanita bas ekspres mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, mangsa parah dan cedera ringan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah berkata, dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Lumut ke Ipoh.

“Kemalangan berpunca daripada Toyota Hilux yang menukar lorong dari sebelah kanan ke kiri secara tiba-tiba. Bas ekspres tidak sempat membrek dan terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menurut Harian Metro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan