Anakonda terpanjang ditemui mati

KOSMO!
GAMBAR fail menunjukkan Vonk berenang bersama ular gergasi di dalam sebatang sungai di Brazil. - Foto freewonk/Instagram
BRASILIA – Seekor ular betina gergasi terpanjang di dunia mati selepas ditemui oleh pasukan saintis beberapa minggu lalu, lapor laman berita Daily Star semalam.

Profesor Freek Vonk, yang menemui reptilia berwarna hijau itu dirakam berenang bersamanya di dalam sungai, di sebuah hutan hujan Brazil baru-baru ini.

Dia kemudian menyampaikan berita sedih tersebut di platform Instagram. 

“Saya ingin memberitahu anda bahawa anakonda hijau besar yang berenang bersama saya telah ditemui mati di hujung sungai minggu ini,” tulisnya.

Anakonda Hijau Utara itu diberi nama Ana Julia dan panjangnya adalah kira-kira 7.01 meter. Ia kemudian direkodkan sebagai ular terpanjang di dunia.

Vonk, yang merupakan pakar biologi di Universiti Vrije, Belanda pada mulanya menyatakan bahawa ular itu mungkin telah ditembak mati.

Namun, dia kemudian menulis: “Punca kematian kini masih disiasat. Mungkin ia mati secara semula jadi.” – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan