Kanak-kanak lelaki 9 tahun curi kereta ibu, pandu ke sekolah

Agensi
KEMALANGAN membabitkan kenderaan dipandu kanak-kanak dan peronda polis. FOTO Peronda Lebuhraya California
KEMALANGAN membabitkan kenderaan dipandu kanak-kanak dan peronda polis. FOTO Peronda Lebuhraya California
Los Angeles: Seorang kanak-kanak lelaki sembilan tahun di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, mencuri kereta ibunya sebelum memandu ke sekolah.

Peronda Lebuhraya California berkata, kejadian berlaku ketika pegawai peronda melihat sebuah sedan Volkswagen kelabu berhenti secara aneh di tengah-tengah persimpangan jalan di Oroville, 9.20 pagi Rabu lalu.

Sebaik pegawai peronda mengarahkan pemandu kenderaan itu meneruskan perjalanan, individu itu sebaliknya secara tiba-tiba memecut kereta itu.

Kereta peronda polis mengejar kenderaan itu sehingga ia berhenti di tempat letak kereta bersebelahan Sekolah Rendah Plumas Avenue, menurut agensi itu.

"Dalam satu kejadian yang mengejutkan, pemandu selepas memberhentikan (kereta) secara mengejut, merempuh kereta peronda pegawai beberapa saat sehingga membawa kepada akibat yang teruk," tulis peronda lebuh raya itu di Facebook.

Peronda Lebuhraya California kemudian mendapati pemandu itu seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang memandu sendiri ke sekolah dengan kereta ibunya.

"Apabila pegawai itu menghampiri pemandu, seorang kanak-kanak berada di tempat duduk pemandu.

"Kami lega melaporkan, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian ini dengan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan kecil,' kata peronda lebuh raya.

Pihak berkuasa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan