Kerajaan Terengganu pimpinan Pas gagal urus belanja mereka

Harapandaily

Pemerhati politik Liyana Marzuki mendedahkan bahawa kerajaan Terengganu pimpinan Pas gagal menguruskan perbelanjaan mereka meskipun jumlah penduduk kurang daripada Selangor.

“Terengganu populasi 1.2 juta, belanja RM1.86 b. Beza Selangor populasi 7.2 juta, belanja RM1.33b,” tulisnya di laman Facebook.

Data di atas diperoleh dari Buku Belanjaan Negeri 2024.

Apabila diselidiki punca disebalik angka yang tidak seimbang, Liyana berkata kerajaan Terengganu banyak bergantung kepada wang ehsan persekutuan.

“Dari segi pendapatan negeri, Terengganu bergantung 86% pendapatan dari Wang Ehsan Persekutuan. Hanya 14% dikutip dari hasil. Berbanding Selangor, 10% je dapat dana dari Kerajaan Persekutuan. 90% pendapatan mereka cari sendiri melalui hasil negeri.

“Dari segi perbelanjaan terbalik la pulak! Belanja negeri Terengganu yang populasi 1.2 juta penduduk, rupanya lagi tinggi dari belanja Selangor yang 7.2 juta penduduk. Terengganu belanja tahunan untuk 2024 berjumlah RM1.86B, Selangor hanya RM1.33B. Macam mana tu?”

Liyana turut mendakwa bahawa Terengganu tidak layak mendapat royalti minyak berdasarkan Akta Laut Wilayah.

“Ikut Akta Laut Wilayah, patutnya Terengganu tak layak dah dapat royalti minyak. Tetapi bila dah diberi, mengadu tak cukup pula.”

Royalti minyak adalah salah satu perkara yang sering kali dibangkitkan oleh wakil rakyat Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan