Lelaki dirasuk selepas tebang pokok tanpa izin

KOSMO
Ananda merangkak di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meracau-racau. – Detik
JAKARTA – Seorang lelaki dari Klungkung, wilayah Bali dirasuk ketika membonceng motosikal, dipercayai akibat menebang pokok tanpa meminta izin, lapor laman berita Detik hari ini.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, lelaki tidak berbaju itu dilihat merangkak di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meracau-racau.

Ketua Polis Dawan, Asisten Komisioner Polis I Komang Susiawan berkata, lelaki bernama Ananda Pratama Laritembun tersebut merupakan buruh bangunan berasal dari Banyuwangi, wilayah Jawa Timur.

“Lelaki yang meracau itu ialah buruh bangunan yang bekerja di Kampung Besan,” katanya sambil menambah, kejadian berlaku pada Jumaat lalu.

Tambah Komang, Ananda dan rakannya sebelum itu menebang sebatang pokok yang akan digunakan untuk membuat rumah.

Ketika mereka menaiki motosikal melalui Kampung Dawan Kaler, Ananda yang membonceng tiba-tiba meronta-ronta.

Disebabkan keadaannya tidak terkawal, rakannya menghentikan motosikal dan berhenti di tepi jalan.

“Ananda kemudian dibawa ke lokasi dia tinggal (di Bali) dan dirawat mengikut adat agama Hindu sebelum kembali sedar,” ujarnya. – AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan