Lelaki ditahan langgar undang-undang trafik doa polis ditimpa ‘azab’

KOSMO
Lelaki berpakaian jubah berdoa selepas ditahan pegawai trafik – POS-KUPANG
JAKARTA  –  Sebuah insiden melibatkan anggota  polis trafik dan seorang lelaki memakai jubah di atas lebuh raya menjadi  tular di internet, lapor laman berita Pos-Kupang kelmarin.

Ketika kejadian, anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas dan menghentikan pemandu yang melanggar undang-undang.

Kejadian berlaku di Jalan Bima-Sumbawa, Bandar Bima dalam wilayah Nusa Tenggara Barat pada 27 Februari lalu. 

Rakaman video kejadian menunjukkan seorang lelaki memakai jubah seperti pendakwah duduk di tengah jalan raya sambil mengangkat tangannya untuk berdoa. 

Aksi dramatik itu menyebabkan dia tular di media sosial.

Dia berbuat demikian selepas ditahan  kerana melanggar undang-undang lalu lintas termasuk  tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu serta pendaftaran kenderaan. 

Merasa dirinya teraniaya, lelaki itu memilih untuk berdoa di tengah jalan. Dia meminta ‘azab’ diturunkan terhadap anggota polis terbabit sebagai satu pengajaran. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan