Utusan Borneo Online
Anggota bomba dan polis membawa mangsa dengan pengusung setibanya di daratan untuk tindakan selanjutnya petang Khamis.
BINTULU: Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di celah-celah batu berhampiran Pantai Tanjung Batu di sini petang Khamis.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang mengenai penemuan tersebut dan pasukan bomba yang dikerah ke lokasi kejadian mendapati mayat seorang lelaki terdampar di celah-celah batu di kawasan itu.
Katanya, pasukan bomba bertindak menggunakan bot penyelamat bagi mengambil dan membawa mangsa ke daratan Pantai Tanjung Batu.
"Di kawasan darat mangsa diserahkan kepada paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Mangsa (PDRM) untuk pemeriksaan serta pengesahan (mangsa yang telah meninggal dunia)," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, setelah keadaan selamat pasukan bomba melapor kembali ke balai.
Agensi yang turut terlibat dalam operasi itu ialah dua kakitangan KKM, 11 anggota PDRM dan empat anggota polis marin.
Identiti mangsa belum dikenal pasti dan punca kejadian dalam siasatan pihak polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan