Mengapa ramai yang terpikat dengan Islam bukan melalui parti mengaku Islam?

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Semalam, saya ada terbaca penulisan rakan yang dikenali mengatakan kita ini terlalu berlembut.

Katanya al-Quran dibakar kita tidak membalas membakar Bible, babi dilempar ke masjid kita tidak membalasnya ke kuil dan bermacam-macam lagi.

Saya tidak menulis di dinding Facebook dia kerana saya lebih suka menjaga silaturahim.

Begitu juga dengan dinding Facebook sesiapa pun kerana jika saya mahu menegur saya akan lakukan di Facebook saya sendiri.

Saya anggap rakan itu tidak faham dengan permainan politik. Dia tidak belajar dengan guru yang mursyid.

Bahaya belajar dengan guru politik apatah di negara ini yang umum tahu pelbagai fitnah dilakukan akhirnya memohon maaf.

Setiap hari ‘guru politik’ memainkan isu perkauman bukan perpaduan. Ada kita dengar setiap malam guru-guru politik ini mengajar orang Melayu perlu tunjuk akhlak yang baik kepada bukan Muslim?

Sebab itu dulu tok, nenek, bapa, pakcik dan makcik kita dikafirkan. Kerosakan dilakukan hingga berlaku solat dua imam, pasangan suami isteri bercerai, tidak boleh makan masakan orang UMNO dan bermacam-macam lagi.
Apakah apabila kita baling babi ke kuil, baru kita dikatakan menegakkan agama? Seperti saya kata nak boikot silakan sebagai pengajaran kepada pemilik KK Mart tersebut tetapi jangan mengapi-apikan perkauman atas perlakuan individu.

Sedangkan di kalangan pimpinan Melayu ada yang makan rasuah beratus juta didiamkan. Padahal, ulama mereka tidak pernah mengulas isu Balakrishnan mimpi jumpa Nabi. Bukankah itu menghina Islam dan Baginda Rasulullah SAW?

Jika Lim Kit Siang kata dia mimpi jumpa Nabi maka penuhlah Padang Merbok umat Melayu berarak. Itu kita kata pejuang Islam tapi tidak pernah adil dalam menghukum.

Sepatutnya, biar pihak berkuasa selesaikan isu tersebut bukannya kita sebagai orang beragama mengapi-apikan isu perkauman. Itu bukan ajaran Islam.

Sebab itu saya selalu katakan pergi mengembara, jangan duduk bawah tempurung. Lihat cara orang Islam di luar negara menguruskan agama. Kenapa di Eropah begitu ramai memeluk agama Islam?

Kenapa di negara kita negara Islam tetapi tidak terjadi gelombang seperti di Barat? Kenapa mereka yang terpikat dengan agama Islam 99.9% tidak melalui parti yang mengaku mereka Islam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan