'Semua rekaan semata-mata, saya tidak pernah berbuat demikian'

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular di media sosial yang mengundang kontroversi. Gambar kanan, Lola. FOTO tular
TANGKAP layar video tular di media sosial yang mengundang kontroversi. Gambar kanan, Lola. FOTO tular
Kuala Lumpur: Selepas berterusan dikecam netizen, gadis dikenali Lola tampil menjelaskan yang video tular mengenai pendedahan berani dibuat mengenai kunjungannya ke kelab malam hanya sekadar content (kandungan) untuk tujuan pemasaran sebuah syarikat.

Menurut Lola, dia adalah kakitangan manakala lelaki yang menemubualnya dengan soalan panas adalah pengasas syarikat itu.

Disebabkan itu, dia bersetuju untuk terbabit dalam penghasilan content berkenaan.

"Saya terpaksa membuat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah terlalu melampau.

"Orang selalu tanya kenapa buat content macam ni? Okay, kalau nampak akaun Instagram (IG) saya, awak akan nampak saya bekerja dengan syarikat itu dan yang berdiri di sebelah saya dalam video tular itu adalah pengasas atau bos syarikat itu.

"Saya adalah duta syarikat itu. Kenapa saya bersetuju untuk buat content itu kerana ia hanyalah berkontekskan 'marketing' (pemasaran) saja.

"Semua adalah rekaan semata-mata, termasuk nama, umur dan lain-lain," katanya menerusi hantaran video di TikTok miliknya.

Lola faham matlamat tidak menghalalkan cara apabila video itu menguar-uarkan perkara yang tidak elok.

Bagaimanapun, Lola meminta netizen faham penghasilan video itu sekadar content pemasaran yang sudah dirancang.

"Yang isu balik dengan dua lelaki itu, saya tidak pernah berbuat demikian. Yang mana mengenali saya, tahu saya macam mana.

"Kebanyakan masa saya keluar dengan kawan-kawan perempuan," katanya.

Lola berkata, dia enggan memanjangkan lagi isu berkenaan dan mengambil keputusan untuk memaafkan netizen yang melemparkan kecaman terhadapnya.

"Tapi andai kata masih ada yang berbuat demikian walaupun video penjelasan ini sudah dibuat, demi Allah saya cakap, dekat padang (mahsyar) nanti awak cari saya sampai dapat," katanya.

Dua minggu lalu, tular video Lola ditemu bual seorang lelaki dan mengakui dia mula mengunjungi kelab malam sejak berusia 18 tahun.

Dalam video berkenaan, Lola juga berkongsi pengalamannya yang sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenali pulang ke rumah.

Pendedahan itu mengundang kecaman dengan rata-rata netizen melabelkan content berkenaan keterlaluan dan sampah kerana mengaibkan diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan