Suspek liwat dua remaja direman 3 hari

Mohamad Fahd Rahmat
am@hmetro.com.my

Mersing: Seorang lelaki beruisa 36 tahun ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan liwat terhadap dua remaja lelaki berusia 15 tahun

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan ada tangkapan berkaitan kes liwat. "Kes masih dalam siasatan sebab ini kejadian lama.

"Kedua mangsa sama umur. Laporan polis dibuat baru-baru ini. Siasatan menjurus kepada kes yang dilaporkan," katanya ringkas.

Abdul Razak berkata, setakat ini pihaknya hanya menerima laporan daripada dua pengadu berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan