Mohd Farhan Darwis
PETALING JAYA: Umno Johor akan mengkaji status keahlian seorang pemimpin Pemuda yang dipercayai terlibat jenayah seksual.
Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, berkata parti juga menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tindakan sesuai dengan bidang kuasa pihak berkuasa itu.
“Bila polis dah lengkapkan siasatan, kita serahkan kepada proses undang-undang seterusnya. Di peringkat parti, kita kaji apa bentuk tindakan sesuai mengikut lunas perlembagaan parti.
“Kita akan keluar kenyataan tak lama lagi,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, laporan menyebut seorang pemimpin Pemuda Umno bahagian di Johor dijangka didakwa di mahkamah esok atas tuduhan melakukan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki.
Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya enam remaja lelaki dikatakan menjadi mangsa dalam kes itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan