Kanak-kanak terima duit raya RM29,000

KOSMO
Jumlah keseluruhan duit raya yang diterima dua anak Shandy dan Gilang adalah sebanyak 100 juta rupiah. – Instagram
JAKARTA – Sepasang suami isteri berkongsi klip video memaparkan  duit raya yang dikumpulkan oleh  dua anak mereka berjumlah 100 juta rupiah (RM29,375), lapor portal berita Wolipop.

Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana mengusahakan perniagaan kosmetik di Indonesia terutamanya produk kecantikan jenama MS Glow.

Menerusi klip video dikongsikan di laman Instagram, suami isteri itu menunjukkan duit raya anak mereka yang bukan sahaja diterima dalam denominasi rupiah, bahkan dolar Singapura dan dolar Amerika Syarikat.

Video tersebut turut memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp menunjukkan anak pertama Shandy dan Gilang iaitu Felis mendapat duit raya berjumlah 33 juta rupiah (RM9,697).

Anak kedua mereka pula memperoleh duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).

Shandy kemudian berkongsi  video berbeza  menunjukkan dia membawa kedua-dua anaknya untuk menyimpan duit raya mereka di sebuah bank.

Menurutnya,  jumlah keseluruhan duit raya pada  tahun ini adalah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Itu bukan duit raya, tetapi duit gaji saya selama lebih setahun,” kata seorang pengguna Instagram.

“Banyak betul duit raya anak orang. Anak saya dapat 200,000 rupiah (RM58.75) pun sudah Alhamdulillah,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan