KOSMO!
DUA mayat ditemui di dasar sungai di Tochigi, utara Tokyo, semalam. - Foto The Mainichi
TOKYO – Dua mayat manusia yang dibakar ditemui di dasar sebatang sungai di Tochigi, utara Tokyo semalam, selepas seorang penduduk melaporkan apa yang mereka anggap sebagai patung terbakar.
Akhbar The Mainichi melaporkan, polis Wilayah Tochigi mengesyaki dua mayat itu adalah mangsa kes jenayah.
Justeru, ia membuka kertas siasatan ke atas kejadian itu.
Menurut bahagian siasatan jenayah polis wilayah itu dan Balai Polis Nasushiobara, seorang pejalan kaki melihat apa yang disangka sebagai patung terbakar di daerah Iono, bandar Nasu pada kira-kira pukul 6.50 pagi (waktu tempatan).
Dia kemudian melaporkan kejadian itu di sebuah pondok polis sebelum anggota pihak berkuasa tiba di tempat kejadian dan menemui dua mayat tersebut.
Seorang penduduk tempatan berkata: “Saya menyedari kawasan itu sibuk pada waktu subuh. Pada kebiasaannya, ia adalah tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai.” – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan