Harapandaily
Pendakwah Dr Kamilin Jamilin menegur aksi tidak senonoh dalam lagu raya usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang tersebar ketika umat Islam menempuh 10 malam terakhir Ramadan.
Beliau kecewa orang Islam tergamak mencari perhatian dengan penghasilan video lagu yang menampilkan penari-penari lelaki berpakaian melekat pada tubuh badan itu.
“Kalaulah orang bukan Islam yang bikin klip tarian raya songsang sebegini pada bulan Ramadan, pasti ramai akan mengamuk kerana seperti sengaja menghina bulan suci dan hari kebesaran umat Islam ini.
“Tergamaklah orang Islam sendiri yang tak habis-habis mencari perhatian dengan cara aib sebegini,” kata Dr Kamilin lagi.
Dr Kamilin Jamilin
Reaksi pendakwah berkenaan selepas klip lagu raya nyanyian Aliff Syukri berjudul Love Raya tular dihujani kecaman orang ramai.
Menerusi hantaran di Instagram, Aliff menganggap ramai rakyat Malaysia tidak sabar untuk menanti lagu rayanya pada lebaran kali ini.
“Rasanya ramai orang yang tak sabar tunggu lagu Love Raya kan.. Sedap tak suara vokal saya. Ni suara 100% ori, no auto tune!
“Saya tahu bakat saya sebenarnya. Terima kasih rakyat Malaysia kerana setia menunggu lagu saya walaupun lewat sebab komposer sebelum ini sabotaj saya buat hal,” tulis Aliff lagi.
‘Teaser’ lagu raya itu melambakkan sekumpulan penari berbaju sendat dan bersongkok dengan penari di hadapan Aliff beraksi paling keji dan mengaibkan.
Rata-rata mengecam malah mengajak rakyat Malaysia memboikot Aliff kerana dianggap tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dan mencemari semangat murni Aidilfitri.
Sebelum ini pun Aliff, 37, menghasilkan klip video lagu raya yang menampilkan dirinya dan penari berpakaian melekat di tubuh seperti penari balet hanya ditambah memakai samping dan mengenakan songkok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan