Penjawat awam terima bantuan raya RM500 Jumaat ini

Nora Mahpar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, yang akan disalurkan Jumaat ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.

“Saya dah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan