Bernama
Dalam kejadian di Jalan Klang Utama, Klang itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah. (Gambar JBPM)
SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggani dilanggar sebelum mangsa digilis sebuah lori treler dalam kejadian di Jalan Klang Utama, Klang, kira-kira 1 tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kemalangan yang berlaku berhampiran dengan sebuah kilang minuman itu, mangsa juga diseret sejauh kira-kira 6 meter.
Mukhlis berkata mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota dari Balai Bomba Klang Utara telah digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan