Suami pernah kahwin 28 kali, isteri tua tetap setia

KOSMO!
JAKARTA -Isteri seorang ahli perniagaan di Indonesia membenarkan suaminya berkahwin lain selepas lelaki itu pernah bernikah sebanyak 28 kali, lapor laman berita TribunTrends semalam. 

Menurut ahli perniagaan tersebut, Isep Dadang Sukmana, 60, isteri pertamanya sering mengizinkan dia berkahwin lain.

“Ramai orang berfikiran negatif. Namun, jika mahu tahu siapa saya dan kenapa saya sering berkahwin, tanyalah isteri pertama saya.

“Isteri pertama saya selalu mengizinkan saya bernikah lagi,” katanya.

Menurut Isep, dia berkahwin lain kerana mahu membantu wanita-wanita berkenaan, namun dirinya sering dikecewakan selepas menjadi suami mereka.

Namun, kata Isep, dia kini hanya memiliki dua isteri iaitu Dedah Haryati dan isteri keduanya, Eva Novianti.

Alhamdulillah, setelah pergi ke Tanah Suci, saya berniat untuk tidak bernikah lagi. Sekarang cukup dua saja (isteri),” katanya. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan