Ditahan bersama pistol selepas pergelutan dengan polis

Bernama

Kota Bharu: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor ditahan di Jalan Bayam, di sini.

Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang.

Sumber berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Katanya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.

"Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri," katanya.

Turut dirampas pistol yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Terdahulu, polis mengesahkan suspek kes tembakan Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan