Suspek Kes tembak di KLIA (Gambar): 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman'

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
MOHD Shuhaily (tengah) menunjukkam wajah suspek pada sidang media di KLIA Terminal 1. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
MOHD Shuhaily (tengah) menunjukkam wajah suspek pada sidang media di KLIA Terminal 1. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
Sepang: Setiap kontinjen polis negeri sudah digerakkan bagi mengesan suspek kes tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi amaran kepada suspek, Hafizul Zarawi, 38, supaya memberi kerjasama dan menyerahkan diri di mana-mana balai polis.

"Semua Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen terdekat dan bersempadan dengan negara jiran kita telah gerakkan (bagi mengesan suspek).

"Jadi kepada saudara Hafizul saya sarankan datang ke mana-mana balai menyerah diri dengan aman, jangan kita ikut amarah kita dia akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada pagi tadi sudah pun terjadi justeru beliau menasihatkan suspek terbabit supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Terdahulu Harian Metro melaporkan bunyi tembakan menggemparkan pengembara dan kakitangan di KLIA Terminal 1 di sini awal pagi tadi dipercayai cubaan bunuh ke atas seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku di tingkat 3, balai ketibaan KLIA 1, di sini kira-kira jam 1.15 pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan