Kelantan: Pengurus besar agensi kerajaan ditahan SPRM

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM.

Difahamkan, penahanan lelaki itu dibuat susulan tangkapan membabitkan pegawai kanan agensi sama beberapa hari lalu, berkait tuntutan palsu.

"Ya, dia ditahan selepas diambil keterangan. Esok akan dibawa ke mahkamah untuk7 direman," kata sumber memberitahu Harian Metro.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain sejak petang tadi sehingga malam ini gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan