Pas bukan setakat penunggang profesional, tapi ‘scammer’ agama

Harapandaily

AHMAD MURSI

Dulu pada PRK Tanjung Piai, YB Tuan Ibrahim, Timb Presiden Pas kata kena sokong calon Cina dan tolak calon Melayu walaupun Tok Imam.

Kini di PRK KKB, katanya kena sokong calon Melayu PN yang lawan calon Cina Perpaduan kerana calon Cina tidak solat dan keluar zakat.

Bila ditanya ‘kalau calon PN bukan Melayu pula bagaimana?’. Kata Tuan Ibrahim: “(kita tengok apa yang) kita hadapi sekarang lah”. Katanya itu ciri-ciri calon yang “Allah pilih”.

Takiyuddin Setiausaha Agong Pas pula kata haram tak keluar mengundi kerana katanya Haji Hadi telah hukumkan fardu ain.

Ini bukan hanya ‘penunggang agama profesional’, tapi inilah scammer dalam beragama. Banyak berlaku juga dalam bidang selain politik.
Jika hal ini tidak dilihat perbuatan keji, lama kelamaan ajaran sesat dan bid’ah ini akan terus ditanam dalam pemikiran orang Melayu-Islam malah menjadi satu kebiasaan.

Pas jadikan agama bahan sendaan dan gurauan. Menghukum halal dan haram ikut selera tekak dan kepentingan nafsu politik untuk menentang umat Islam yang lain.

Saya setuju Islam dijadikan panduan dan nilai terpenting membentuk akhlak ahli politik, tetapi boros menunggang agama dalam strategi politik kerap kali sebabkan terbabas dan Ghuluw seperti halnya Khawarij.

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” An-Nahl:116.

Pas tidaklah jadi lebih Islam hanya kerana jenama partinya Islam dan dipimpin oleh ustaz-ustaz.

Dari segi perlaksanaan agenda Islam dalam negara, Pas gagal, tercorot dan makan gaji buta bila diberi kuasa. PH-BN jauh lebih cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan