pegawai KPM ‘menganjing’ PM umum kenaikan gaji

Harapandaily

Tergamak seorang pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara terbuka ‘menganjing’ susulan pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Penolong Pengarah di KPM, Adlina Awang menasihati golongan pendidik agar tidak terlalu gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu.

“Jangan terlalu gembira cikgu. Bimbang nanti takut ada perubahan di kemudian hari,” katanya menerusi menerusi Facebook Kami Guru Malaysia.

Dia kemudian berkata, kenaikan gaji pada Disember itu sebagai lambat lagi.

“Macam-macam boleh jadi dengan negara kita ni,” tulisnya lagi.

Adlina juga dalam satu responnya berseloroh “ulam pun boleh” sebagai reaksi terhadap komentar Azri Zakaria yang berbunyi, “Saya ulamm ke”.

Semakan Harapandaily mendapati, Adlina telah menyekat profil Facebook dan menggantikan gambar wajahnya sebelum ini dengan nasi kerabu selepas tangkap layar memuatkan komentarnya itu tular di media sosial.

Dalam satu komentar balasnya, dia mengaku berasal dari Terengganu.

Adlina juga merupakan seorang guru berdasarkan maklumat di blog ‘Cikgu Adlina’ dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka menjadi tempat pertama khidmatnya bermula tahun 2005.

Rata-rata warganet menyelar sikap Adlina dan penjawat awam lain yang menyindir Perdana Menteri sekaligus menampakkan mereka penyokong pembangkang.

Pengguna Facebook, Cikgu Emmet berpendapat pegawai kerajaan sepatutnya perlu berkhidmat dengan ‘goverment of the day’.

“Kerajaan yang memerintah hari ini yang membawa halatuju negara. Penjawat awam kena akur dan berkhidmat dengan baik. Bukan terus terusan berpolitik. Terlalu banyak deep state yang membuatkan pentadbiran jadi pincang,” tulisnya.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis sambutan Hati Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengumumkan kadar kenaikan gaji serta gaji minimum bagi penjawat awam.

Kadar kenaikan gaji melebihi 13 peratus selepas 12 tahun tidak disemak itu adalah peningkatan tertinggi yang akan dilaksanakan bermula Disember ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan