Pengasuh dipenjara kerana calit wajah kanak-kanak dengan makanan

Agensi
WALKER dijatuhi hukuman penjara  lima bulan oleh Mahkamah Nottingham Crown . FOTO Agensi
WALKER dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Nottingham Crown . FOTO Agensi
London: Seorang pengasuh taska mengaku bersalah menyerang dengan mencalit makanan ke seluruh wajah seorang kanak-kanak.

Metro UK melaporkan, Helen Walker, 49, dari Mansfield, akan dipenjara lima bulan selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Nottingham Crown pada Rabu.

Selain serangan, dia juga mengaku bersalah atas satu pertuduhan menganiaya dan mengabaikan kanak-kanak.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada Februari tahun lalu.

Ketika prosiding perbicaraan, Walker didakwa mengambil sisa makanan dan mencalitnya ke wajah kanak-kanak itu tanpa mengendahkan tangisan mangsa.

Polis menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari taska dan mendapati Walker memang mencalit sisa makanan itu ke wajah kanak-kanak itu, yang difahamkan mempunyai keperluan tambahan.

Video itu selanjutnya menunjukkan bagaimana Walker selepas itu cuba untuk menutup kesalahannya.

Dalam rakaman itu, Walker dilihat menghampiri seorang lagi kanak-kanak dan lantang mencadangkan mangsa mencuri makanan daripada mereka.

"Pengasuh taska diletakkan dalam kedudukan tertinggi memegang amanah untuk menjaga anak kecil.

"Walker mengkhianati kepercayaan itu dengan tindakan mengerikan terbabit diburukkan lagi dengan fakta mangsa mempunyai keperluan tambahan, " kata penyiasat Polis Nottinghamshire, Jacqui Edwards.

Menurut Edwards, Walker cuba menggambarkan kanak-kanak itu sebagai pengacau dalam cubaan untuk menyembunyikan apa yang dilakukannya.

"Selepas dimaklumkan mengenai kesalahan ini, pegawai pakar menjalankan siasatan menyeluruh yang membawa kepada keputusan ini di mahkamah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan