Pensyarah wanita popular sebar video aib suami ditahan

Wartawan HM
am@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Polis menahan seorang pensyarah wanita selepas menyebarkan video tidak senonoh seorang kenamaan yang juga bekas suaminya bergelar Datuk, Khamis lalu.

Lelaki terbabit berusia 60 tahun yang menyedari bekas isterinya berusia 40-an itu menyebar video mengaibkan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang, 28 April lalu.

Menurut sumber, mangsa membuat laporan polis selepas menyedari suspek menayang video tidak eloknya kepada pihak polis ketika dipanggil ke balai polis berkaitan perselisihan faham rumah tangga.

"Suspek juga dikatakan menunjukkan video terbabit di Balai Polis Petaling Jaya ketika disoal siasat berkaitan kes komersial.

"Mangsa sudah empat tahun berkahwin dengan suspek sebelum berpisah," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa.

Menurutnya, pensyarah wanita itu ditahan pada Khamis lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan