Selepas berjaya tawan tentera, lapan roket Hamas dilancar ke Tel Aviv

Harapandaily

Sekurang-kurangnya lapan roket dilancarkan ke pusat komersial di Tel Aviv, Israel hari ini selepas sayap bersenjata Hamas berjaya menangkap tentera Israel semasa pertempuran di utara Gaza.

Briged Ezzedine al-Qassam dilapor berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera zionis Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Perkembangan terbaharu itu dibuat melalui laman Telegram.

Serangan tersebut adalah yang kali pertama dilancarkan ke Tel Aviv dalam tempoh empat bulan.

Namun, tentera Israel menyatakan pihaknya berjaya memintas roket pejuang Hamas itu.

Sebelum ini, Abu Ubaida menerusi rakaman yang disiarkan oleh Al Jazeera berkata, pejuangnya berjaya menangkap tentera Israel semalam semasa pertempuran di Jabalia di utara Gaza.

Bagaimanapun, Israel menafikan dakwaan jurucakap Briged Al Qassam itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan