Suami bunuh isteri dengan cangkul kerana notifikasi 'sayang'

Agensi

Jakarta: Gara-gara cemburu, seorang suami dari Kampung Sukarame, Jawa Barat, Indonesia bertindak membunuh isterinya.

Portal Kompas melaporkan, insiden itu berlaku di rumah mereka pada Isnin lalu.

Suspek yang berusia 31 tahun membunuh isterinya dengan memukul mangsa menggunakan cangkul.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Cileunyi, Suharto, pada Selasa lalu.

"Suspek tampil menyerah diri di balai polis pada 1.35 tengah hari dan memberitahu yang dia membunuh isterinya menggunakan cangkul," kata Suharto.

Menurut Suharto, pembunuhan terjadi selepas suspek terlihat notifikasi sayang di telefon bimbit isterinya yang membuatnya cemburu.

"Waktu kejadian, suspek sedang memperbaiki cangkul dan mangsa berbaring sambil menonton televisyen.

"Waktu itulah mereka bertengkar sebelum suspek menghayun cangkul ke belakang kepada isterinya dan bahagian kiri badan mangsa.

"Pemukulan dilakukan berulang kali hingga mangsa parah dan meninggal dunia.

"Jadi kita dapat simpulkan motif penbunuhan adalah cemburu," katanya.

Selepas membunuh istrinya, suspek bertemu Cileunyi untuk menyerah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan