Beli-belah dalam talian ribuan ringgit ketika tidur?

Wanita dakwa tak sedar beli-belah ketika tidur
Agensi
KELLY Knipes disahkan menghidap parasomnia pada  2018. FOTO Agensi
KELLY Knipes disahkan menghidap parasomnia pada 2018. FOTO Agensi
London: Seorang ibu berusia 42 tahun mendakwa bukan tidak tidur lena kerana mimpi buruk atau bayinya menangis, sebaliknya disebabkan tidak sedar membeli-belah dalam talian.

Portal Local 12 melaporkan, Kelly Knipes disahkan menghidap parasomnia pada 2018, satu keadaan yang membabitkan tingkah laku aneh seperti berjalan dan bercakap ketika tidur.

Knipes sering tersedar untuk membeli barangan tanpa sedar seperti gelanggang bola keranjang plastik bersaiz penuh atau ratusan pek gula-gula.

Tabiat membeli-belah tanpa sedar itu menyebabkan Knipes menanggung hutang melebihi AS$ 3,000 (kira-kira RM14,155).

"Menjengkelkan dan mengecewakan untuk tidur dan memikirkan saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada malam itu " kata Kelly.

Maklumat kad kredit Knipes disimpan dalam telefon bimbit.

Menariknya, tabiat membeli-belah dalam talian bukan satu-satunya ancaman kepada akaun bank Knipes pada waktu malam.

Sebaliknya, ada yang lebih teruk apabila Knipes menjadi mangsa penipuan oleh individu yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya.

Mereka meminta maklumat kewangannya melalui mesej, yang dikatakan tidak akan dilayan jika wanita itu terjaga.

Malangnya, dia bangun keesokan harinya dan mendapati AS$250 (kira-kira RM 1,180) lesap daripada akaunnya.

Penipu lain cuba menggunakan pendekatan sama, tetapi bank bersungguh-sungguh untuk menyekat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun milik Knipes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan