Betis kanan tercedera terkena pisau sembelih akibat lembu meronta

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
MOHAMAD Yusuf cedera pada betis kanan selepas terkena pisau sembelih. FOTO ihsan pembaca
MOHAMAD Yusuf cedera pada betis kanan selepas terkena pisau sembelih. FOTO ihsan pembaca
Kuala Berang: Ketua Pemuda Pas Dun Telemong, cedera pada betis kanan akibat terkena pisau sembelih ketika melakukan ibadah korban di Kampung Matang, dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi apabila lembu korban yang kedua secara tiba-tiba meronta hingga menyebabkan pisau dipegang Mohamad Yusuf Abdullah, 34, tersasar ke betisnya.

Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, berikutan kejadian itu Mohamad Yusuf dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan.

"Saya turut berada di lokasi kejadian namun, insiden tidak terduga ini berlaku begitu pantas berikutan haiwan sembelihan itu secara mengejut meronta.

"Lembu pertama disembelih dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku namun lembu kedua tiba-tiba meronta-ronta," katanya.

Menurutnya, menjadi rutin Mohamad Yusuf setiap kali Aidiladha akan dijemput untuk menyembelih ternakan korban di beberapa kampung di dalam Dun Telemong dan beliau berharap Mohamad Yusuf segera sembuh.

Katanya, namun kali ini berlaku kejadian diluar kekuasaan semua dan kami.

"Ibadah korban diteruskan dengan lebih berhati-hati dan tiada sebarang insiden berlaku sehingga program tamat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan