Isu hangat: Tiada pengakuan ibu dalam kes bunuh Zayn di mahkamah

Faisal Asyraf

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, tidak membuat sebarang pengakuan salah kerana membunuh di Mahkamah Majistret, pagi ini, menurut peguamnya.

Mahmud Jumaat berkata, polis membawa Ismanira Abdul Manaf ke mahkamah hari ini bagi merekodkan ‘pengakuan’ tertentu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 memperuntuk pengakuan salah oleh tertuduh semasa dalam jagaan polis tidak boleh dibuktikan bagi menentangnya, kecuali dibuat di hadapan hakim Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret.

“Namun, menariknya di sini, puan Isma tidak buat sebarang pengakuan salah, sebaliknya beliau buat keterangan kepada majistret,” katanya pada sidang media selepas prosiding.

Mahmud menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi berkait kes berkenaan, terutama mengaitkan Ismanira dan suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, dalam pembunuhan Zayn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan