Macam mana mereka masuk ke Malaysia ?: Tujuh pengawal keselamatan ditahan guna MyKad palsu

AZMI NORDIN
Antara warga asing yang ditahan menerusi Op Pengawal Keselamatan sekitar Puchong, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menahan tujuh pengawal keselamatan kerana memiliki MyKad individu lain dan kad pengenalan palsu menerusi Ops Pengawal Keselamatan di sekitar Puchong, Selangor semalam.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa JPN berkata, serbuan dijalankan susulan risikan selama dua minggu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman.

Menurut jabatan tersebut, pihaknya menahan tujuh orang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang wanita.

“Kesemua suspek disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan MyKad orang lain sebagai identiti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek merupakan warga Filipina berusia 36 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan