BERNAMA
Shah Alam: Polis menahan tujuh warga asing dipercayai cuba keluar dari Malaysia secara haram di Teluk Gadong, Klang dekat sini pada 1 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata penahanan kesemua suspek berusia lingkungan 29 hingga 51 tahun itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am dari Markas Tektikal Morib ketika mereka berkumpul dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata suspek, yang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita, juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri ketika diperiksa.
"Hasil soal siasat, kesemua pendatang tanpa izin itu mengaku ingin keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dan mereka dibawa ke Balai Polis Banting untuk tindakan lanjut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sufian berkata suspek ditahan reman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan jika disabit bersalah, boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan