KOSMO
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin itu mengenakan pakaian berwarna putih semasa acara akad nikah. - TikTok @muzaha.ibh
JAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 18 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Perbezaan usia kira-kira 62 tahun itu tidak menghalang pasangan dari Indonesia tersebut untuk mendirikan rumah tangga.
Menerusi klip video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muzaha.ibh, pasangan pengantin dilihat sedang duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah.
Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah (RM14,462) dan beberapa hantaran berjumlah 200 juta rupiah (RM57,850) secara keseluruhan.
Antaranya, tiga ekor lembu dan sebuah motosikal.
“Saya terima nikahnya Ayu Wulandira (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah,” kata warga emas itu.
Bagaimanapun, pengantin wanita tidak menunjukkan sebarang reaksi malah hanya diam, seolah-olah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan