Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Seorang penasihat strategik kewangan bergelar Datuk Seri direman tiga hari kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tujuan kerja penggabungan syarikat bernilai kira-kira RM150,000 sedangkan perkhidmatan itu tidak dilaksanakan.
Menurut sumber, suspek yang juga seorang lelaki berusia 50-an ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
"Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi hari ini dan perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 12 Julai 2024 dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.
"Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 dengan membuat tuntutan palsu bagi perkhidmatan korporat penggabungan dua entiti syarikat sedangkan perkhidmatan itu tidak dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan