KOSMO
ABUJA – Seorang wanita di Nigeria kecewa setelah mendapati bekas suaminya mengahwini peguam yang membantunya dalam kes perceraian mereka, lapor laman berita Legit.
Berdasarkan hantaran di laman Facebook, wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dikatakan menggunakan khidmat peguam berkenaan bagi kes perceraiannya.
Namun, dua minggu selepas sah bercerai, peguam tersebut berkahwin dengan bekas suami wanita berkenaan.
“Peguam yang membantu mengendalikan kes cerai saya telah mengahwini bekas suami, dua minggu selepas prosedur mahkamah selesai,” kata wanita berkenaan.
Tidak dinyatakan sama ada bekas suaminya mempunyai hubungan sulit dengan peguam tersebut atau hubungan mereka mula terjalin ketika proses perceraian berlaku.
Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ramai yang menyebelahi peguam tersebut.
“Bukankah anda yang mahu bercerai? Mengapa menangis?” soal seorang netizen.
“Anda lambat, anda yang melepas. Kita tidak akan menghargai sesuatu perkara sehingga kita kehilangannya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan