Kedah ‘bercawat’, ramai menanti dalil

Heboh Kedah ‘bercawat’, ramai menanti dalil

Harapandaily

Heboh di media sosial apabila tersebar beberapa gambar yang memaparkan sekumpulan peserta dalam sebuah kejohanan bina badan di Kedah.

Mereka terbabit kelihatan bercawat termasuk warna hijau sekaligus mengingatkan warganet tentang negeri itu yang dikuasai Pas.

Rata-rata menyindir kelulusan program Mr Kedah 2024 itu dengan menyifatkan semua halal di negeri Pas sebaliknya berstatus haram jika berlaku di negeri lain.

Tidak kurang yang memberitahu bahawa mereka tidak sabar menanti ‘dalil’ daripada pihak kerajaan negeri berhubung penganjuran program yang membuka aurat itu.

“Pas dah jadi liberal?

“Punyalah nak tunjuk Pas sampai seluar dalam pun warna hijau.

“Membangun Bersama Isley,” demikian antara sindiran warganet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan