Kedai raih perhatian letak notis “perokok akan ditembak”

SITI NUR ZAWANI

Satu papan tanda larangan merokok di sebuah restoran yang  terletak di Kuala Lumpur tular di media sosial kerana amarannya yang tegas dan keras.

Peringatan pada notis itu berbunyi;

“Perokok akan ditembak. Jika mereka masih hidup, mereka akan ditembak lagi”.

Dalam satu perkongsian di TikTok, pemilik restoran berkenaan dipuji bijak dalam memastikan pematuhan terhadap peraturan kedai. 

Amaran yang bersifat jenaka tetapi tegas itu menghiasi pintu masuk restoran, memastikan semua pelanggan mengambil perhatian.

Video tersebut menjadi viral, dengan ramai yang memuji pendekatan inovatif pemilik restoran untuk membendung aktiviti merokok di tempat makan.

Sementara itu di ruangan komen, seorang pengguna berkata ada restoran yang menampal surat saman dari pihak berkuasa kerana membenarkan pelanggan menghisap rokok di dalam restoran.

“Weh ada satu kedai tu, dia tampal surat saman dekat banner larangan merokok. Dia tulis “dilarang merokok, kedai kami telah disaman”,” kata individu itu.

Papan tanda ini bukan sahaja berkesan dalam menguatkuasakan larangan merokok, tetapi juga menjadikannya contoh sempurna bagaimana penguatkuasaan peraturan boleh dilakukan dengan cara yang kreatif tetapi mesejnya sampai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan