Kelantan: Wanita cuba terjun Jambatan Tendong

Hidayatidayu Razali
bhnews@bh.com.my
Seorang wanita berusia 40-an cuba terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, Kota Bharu, diselamatkan oleh orang awam. - Foto pembaca
Seorang wanita berusia 40-an cuba terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, Kota Bharu, diselamatkan oleh orang awam. - Foto pembaca
KOTA BHARU: Seorang wanita cuba terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Tendong di sini tengah hari tadi.

Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu diselamatkan oleh orang awam.

Menerusi satu rakaman video berdurasi satu minit 36 saat tular di aplikasi WhatsApp, dilihat beberapa orang awam cuba menenangkan wanita itu.

Wanita berkenaan dipercayai memberhentikan kereta dipandunya di Jambatan Tendong sebelum cuba terjun ke Sungai Kelantan.

Menerusi rakaman video itu, mangsa mendakwa berbuat demikian kerana sudah tidak mahu hidup.

Difahamkan wanita itu kemudian dibawa ke Hospital Perempuan Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan