Mogok lapar: ‘Plot twist’, lelaki India mogok lapar rupanya ada muslihat lain?

SITI NUR ZAWANI

Aktivis yang melakukan mogok lapar kerana menentang penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat Blackrock, didakwa mempunyai “muslihat” untuk meraih keuntungan diri.

Menurut pendedahan dibuat seorang individu di X, aktivis berkenaan didakwa mempunyai tunggakan besar di sebuah bengkel berjumlah lebih RM2,000.

Pengguna media sosial mendakwa, aktivis tersebut melakukan mogok lapar sambil mengutip sumbangan orang awam untuk membayar hutang tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan adakah aktivis itu ada membuka sebarang tabung atas talian untuk meraih dana orang ramai.

Menerusi klip video berbahasa Tamil yang disertakan, individu dipercayai pemilik sebuah bengkel menunjukkan resit pembaikian kereta milik aktivis, M Mythreyar.

Pemilik bengkel turut menunjukkan gambar Mythreyar bersama kad pengenalan aktivis tersebut.

Jumlah keseluruhan kos membaiki kereta Mythreyar berjumlah RM2,032.

Susulan itu ramai yang membuat kesimpulan aktivis terbabit melakukan mogok lapar sambil mengutip derma untuk membayar kos pembaikian keretanya yang masih di bengkel.

“Plot twist ke wei? Brader mogok lapar rupanya ada hantar kereta pergi bengkel sebab rosak. Tapi tak ambil sampai sekarang sebab tak cukup duit? 

“Jadi dia mogok lapar konon terpaling anti-Blackrock kutip dana orang awam untuk tanggung kos?,” ciap pengguna akaun   @ybperpaduan.

“Tujuan mogok lapar untuk cari dana baiki kereta rosak bukan pasal Blackrock pun… Walaun ja buta mata dan hati mudah tertipu,” komen pengguna lain.

Kebelakangan ini banyak isu membabitkan salah guna dana orang awam oleh pempengaruh, dan tidak terlepas juga para NGO yang menggunakan kempen Islamik.

Perkara itu menyebabkan ramai yang sangsi dengan ketelusan mereka yang mengutip derma orang awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan