Pas terus senyap bila ‘rakan’ sendiri jadi peguam lelaki Israel bersenjata

Harapandaily

AHMAD MURSI 

Pas buat-buat pekak setelah tersebar gambar ramai pimpinan Pas termasuk MB Kelantan bersama dengan Datuk Naran Sigh di penamaan calon Sungai Bakap.

Naran Sigh adalah peguam mewakili penceroboh warga Israel yang masuk ke Malaysia dan ditangkap bersama dengan ratusan perluru dan 6 pucuk pistol.

penceroboh ini ditangkap di saat PMX sangat lantang menyuarakan isu Palestin di peringkat antarabangsa, di depan Presiden Amerika, Chancellor German dan forum2 antarabangsa. 

Ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat, apa tujuan lelaki itu datang bersama senjata pada waktu ini.

Tidak kira apa jua usaha PMX lakukan untuk membantu Palestin, PN-Pas selalu memperlekeh walaupun seluruh dunia memuji.

Oleh kerana nak tunjuk sangat ‘terpaling Palestin’, macam-macam fitnah dilemparkan termasuklah Ustaz Pas yang dikatakan ‘pandai’ mengajar Al-Quran.

Naran pernah bertanding atas tiket PN (Gerakan) di DUN Jalong pada PRU15 dan kalah serta hilang wang deposit.

Dia pernah mewakili Razman Zakaria dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh PMX. Akhirnya Razman memohon maaf kerana fitnah dan kes dianggap selesai.

Pas bukan hanya rapat, malah menjadi sekutu rapat Naran Sigh.

Hingga hari ini Pas terus membisu umpama ayam berak kapur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan