Wanita rancang berkahwin dengan hantu mendiang teman lelaki

Agensi

Taipei: Seorang wanita di Taiwan merancang mengadakan 'perkahwinan hantu' dengan teman lelakinya yang maut dalam kemalangan.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Yu melakukannya bagi menghormati teman lelaki yang tidak dapat diselamatkan dalam nahas berkenaan.

Niat lain Yu adalah mahu 'pasangannya' membantu menjaga ibunya yang sudah uzur.

Dalam kejadian pada 15 Julai lalu, teman lelaki Yu dan kakak pemuda itu maut akibat kecederaan dialami walaupun sempat dikejarkan ke hospital.

Manakala, lima lagi cedera dalam nahas membabitkan empat kereta di lebuh raya di sini.

Yu terkenang detik melihat teman lelaki dan kakak pemuda itu dengan seorang lagi rakannya terperangkap dalam kenderaan yang hancur.

Walaupun mengalami kecederaan pada kakinya, Yu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka tetapi tidak berjaya.

Sebaliknya, Yu hanya mampu menarik seorang rakan dari tempat duduk belakang.

Kemudian, Yu menyelamatkan pula dua penumpang dari kereta lain yang terbabit dalam kemalangan itu.

Walaupun sudah menyelamatkan tiga individu, penyesalan terbesarnya adalah tidak dapat menyelamatkan insan tersayang iaitu teman lelaki dan kakaknya, lapor rangkaian berita Taiwan ETtoday.
-hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan