Akhirnya PM Bangladesh letak jawatan, tinggalkan negara

AFP
Sebahagian penunjuk perasaan yang mendesak peletakan jawatan Sheikh Hasina. - FOTO AFP
Dhaka: Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah meletak jawatan dan meninggalkan negara itu hari ini.

Media tempatan melaporkan, beliau meletak jawatan di saat lebih ramai orang awam terbunuh dalam beberapa keganasan terburuk sejak kelahiran negara Asia Selatan itu lebih lima dekad lalu.

Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu penunjuk perasaan Bangladesh menyerbu istana Sheikh Hasina di Dhaka selepas sumber memberitahu AFP dia telah melarikan diri dari demonstrasi besar-besaran menuntutnya meletak jawatan.

Saluran 24 Bangladesh menyiarkan imej orang ramai yang berlari masuk ke kediaman rasmi perdana menteri di ibu negara, melambai ke arah kamera ketika mereka meraikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan