Banduan menyamar wanita gagal lolos

KOSMO
Da Silva dan Oliveira mengenakan payudara dan rambut palsu untuk melengkapkan penampilan. - MailOnline
BRASILIA – Dua banduan nekad menyamar sebagai wanita bagi melarikan diri dari Unit Penjara Profesor Jose Sobreira de Amorim di Itaitinga, Brazil, lapor portal berita MailOnline. 

Banduan yang dikenal pasti sebagai Francisco da Silva dan Carlos Oliveira, dipercayai mengambil kesempatan semasa waktu lawatan Ahad lalu dengan menukar pakaian penjara kepada pakaian wanita. 

Mereka turut memakai payudara dan rambut palsu untuk melengkapkan penampilan. 

Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial, salah seorang banduan itu dilihat memakai kemeja-T putih dan skirt panjang berwarna merah jambu, dan dia berdiri di antara banduan lain serta pelawat. 

Bagaimanapun, percubaan kedua-dua mereka gagal selepas dikesan oleh polis.

Sekretariat Pentadbiran Penjara dan Penyepaduan Ceará berkata, mereka segera dipisahkan daripada pelawat dan dimasukkan ke sel penjara masing-masing.  – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan